CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Janji Ditepati .

Assalamualaikum ! (:

Okey aku rasa harini dah genap seminggu hari enjoy aku maka aku rasa aku patut buat apa yang aku dah janjikan , ceh ayat skema , hampeh -,- 

Apa janji ditepati ? Janji apaa ? Politik ? Oh bukan bukan . Tiada unsur politik di sini . Lah lupa ? Kan dah janji nak belajar kan kan ? LUPAAA ? 

Heeee . Ingat . So aku saja jer buat benda ni pada hari hari terakhir nak ambil feel lah konon . KONON . Haha enjoy punya enjoy rasa rindu gak nak menelaah sebenarnya . Bila rasa takda ilmu rasa macam hidup tanpa tujuan , tanpa pedoman . Eceh . Tapi benda betul kan . 

Mentang mentang nak menjelang tahun periksa , kalau aku nak enjoy sangat pun aku rasa tak tenang . Tak senang duduk beb . Bila tengok orang lain belajar kita tak , rasa macam 

"Perh , asal kau tak belajar lah . Dah pandai sangat ? Boleh jadi orang berguna ke ?"

"Bapak ahhh . Boleh on9 segala lagi addmath dah belajar ?"

Heee over tak ?

Tapi betul lah bak kata Asiah "Hidup punya impian" * pinjam yer asiah * kita hidup bukan semata mata nak enjoy jer . Kau ingat kau sapa hidup semata mata nak menambah penduduk muka bumi ? Well aku tahu semua tahu tugas masing masing . Pandai pandai lah melaksanakan tugas masing masing dengan cara masing masing berpandukan Allah . Tak perlu lah aku nak jelaskan ...

So sudah sampai masanya aku terus fokus untuk belajar . Bukan main main lagi guys . Aku tahu mungkin masa sebulan ni pun tak cukup untuk nak menelaah semula apa yang dah kita belajar , But you knw . Selagi kita ada masa untuk berusaha jangan sia sia kan masa tu . You nvr can say that it's too late kalau masih ada masa . Addmath fail ? Takpa ,  ada masa lagi asal ada usaha . Better , than tak ada langsung okey . (: . Faham ? :3



Jadinya aku malas nak kata panjang panjang . Kata pun tak guna inisiatif sendiri perlu ada . Aku rasa malam ni aku nak start dengan chemist . :)

Aku harap aku boleh terus stay dengan semangat ni . Bismillahirahmanirrahim <3 

              "Ya Allah semoga Athirah binti Nazaruddin mampu untuk terus belajar dan berjaya berlandaskan agama Mu ya Allah , berikanlah , kesabaran , kekuatan dan kejayaan kepadanya sebagai umatMu . Amin ya rabbal alamin ."




Keazamann :D

Assalamualaikum (:

Cuti punya cuti dah nak tamat bulan 12 dan ini bermaksud ? lebih kurang sebulan aku dah melangkah ke alam tingkatan lima *ayat baku* ceh .

Well , its been a tough year of  form four , suka duka , susah senang belajar teach us more about life , times flies away so fast tanpa kita sedar , apa yang kita dapat , belajar , faham dalam masa setahun ni . 

Dalam exam hujung tahun aku dapat nilai diri aku . Ya , boleh cakap lah aku memang tak meniru langsung dalam exam ni , jeling orang pun takut :3 

Kenapa weh kenapa ?
Boleh tanya lagi ? Hehh

Sebab aku nak nilai diri aku . Buat apa exam kalau meniru ? Right ? Buruk , buruk lah result sapa suruh tak belajar , bagus ? Alhamdulillah :)

So dalam result akhir tahun aku dapat no. 80/193 dalam batch its mean tak tercapai lagi wishlist aku nak top 70 :(( Waaaaaaa ! Dalam SAPS aku dapat no 74 ! *wuuuu*~  Hahhhh penipu ini semua !

Haha tapi kalau study untuk exam je baik tak payah. Lantak lah kalau dapat no satu pun tapi kalau ilmu tak boleh bawak ke alam pekerjaan , susah la . Bak kata imam syafi'e , "ilmu bukan untuk dihafal semata - mata" ( teringat dalam buku latihan bm ) :3 kena lah faham beb so starting next week kita berazam nak faham semula apa yang kita dah belajar sepanjang tahun ini . Minggu ni nak enjoy kejap :3

Milah : Lahh tadi macam beria nak study sangat ?

Mail : Biarlahhh , nanti tak ada lah dia nak sibuk fikir benda lain 

Haha thanks mail jeles je milah tu :P
BABAI ! :)


Yang penting jangan lupa Allah :)
Wish me luck okey ? :)
Bismillahirahmanirrahim ^^


Jangan tanya !

Dari ulat jadi kepompong , tidur lena dalam gelongsorrr , tiba masa kepompong pecah , pom ! Jadi lah rama rama yang indahhh ~

Okey abaikan , lagu tu tak ada kena mengena dengan topik harini :3 
Hehh , aku bangun dari tidur seawal okey tak awal sangat 9.40 pagi , err selepas tidur setelah subuh . Okey gosok gigi ,  mandi dan membuka laman sosial , mula menaip laman laman tertentu dan WOW almost everybodyy talkabout study guyss . MAIGADDD  >< 



Waaaarrgghh !
Okey kalau respond nya begini confirm lah aku tak study lagi kan ,
and then datang seorang jejaka MACAM COMEL JEE tanya aku dah start study ke belumm
Woohooo ! Terperanjat nyahhh *sengau sikit*
adoii potong line betul orang baru nak asik asik buka twitterr ~

Okeyy macamni okey , 
" mom kasi masa one week before adik restarted your study semula okey"
Kata kata puan Normah terngiang ngiang di gegendang telingaku .

Okey stop merapuu -,- Jadi dalam masa seminggu ni tolong lah jangan tanya aku dah study belum
KITA TENGAH FREEDOMM OKEY .
tanya lagi KITA BABAB KANGGG !

okeyy , KBAI  (:



macam shantekkk je macam shomell je senyum tu :3


No idea ~

People said I had everything , ada itu ada ini , Tapi sebenarnya , diri sendiri yang tak pernah nak bersyukur . Itu yang asyik nampak lebih kat orang lain . At last gaduh bla , bla ,bla ~ 

Aku bukan jenis berterus terang , tapi aku nak tahu apa masalah sebenarnya . Sebab itu aku tanya depan depan dekat kau . Tapi mungkin tindakan kau dah datangkan salah faham orang lain . Nampak macam aku salah . No wonder ramai back up kau . Tapi aku tak kisah , people deserve observe anything thy wnt . Nak anggap itu nak anggap ini , nak salahkan sapa2 itu diorang punya hak . And i dont really care . Aku bukan jenis nak ambil perhatian semua orang untuk percaya kat aku , benda dah jadi . Tapi aku tak cakaplah kau jenis macamtu ~

Aku tak cerita lah masalah aku except those two people . Sebab ? Aku percaya kat diorang , they friends , they siblings , they EVERYTHING . 
Kalau kau sedar lah kan , dekat dorm aku banyak senyap daripada kat kelas , kat kelas , yes , aku bising . sebab ? Diorang ada kan . Itu yang kau cakap I had everything ? Serious aku tak faham ~ 

Aku harap lepas kita settle in , everything goes better . Tapi serius aku cakap jangan terasa kalau sikap aku lain . Aku memang dah tawar hati dengan semuanya , mayb it can goes normally , but well , it may takes time . Mungkin cara aku kasar but itu cara aku . Bagi aku apa kau cerita dekat dormmates , classmates , budak kelas lain dah buat aku rasa ganjil . How can I face them ? 


THEY MAY HATE ME DON'T THEY ?


                  
                                                                

what do you feel by ‘ditiru’ ?



well aku tak berapa minat sangatlah situasi ni .
yelah kalau semua benda sama ,
bosan lah .
apa aku buat kau buat , apa aku beli kau beli ,
tak marah but rimas lah .
just be yourself lah beb ,
lain lain cara baru best . baru boleh share


apa minat kau , apa minat aku .
sama tu normal lah , but kalau semua sama
okay seriouslyy dude tu tak normal .
berhentilah meniru okayy .
cause lagi rimas kalau orang kata aku yang tiru kau .
ohh please !
jujur jer lah dengan cara  sendiri .
even orang kata apa , but kalau kita dah puas hati nan diri kita ,
itu lebih baik aku rasa (:
^^



Moh kite berbahas ! ecehh


Assalamualaikum (:
cuti yang terasa terlalu lama terasa terlalu sekejap lah pulak .
haihhh , maknanya dah nak sekolah balik ,
bila dah nak sekolah maknanya ?
uuuuuuuuu ~
aku nak berbahas weh .

hahahahahahaha , lawak ke ?
heee ~ aku tak tahu lah mana datangnya keyakinan orang nak suruh
aku berbahas ni . seriouslyyy aku masuk ingat nak buat main jer kut .
kalau waktu form 2 lainlah ,
tu waktu bahagia , otak pun senget lagi , hentam nak kata apa .
 yang kenyit kenyit mata pun ada waktu tu .
now korang siap bagi aku group A pule ,
haha , sumpah korang nak kenakan aku ni ,
konon group cerah nan gelap kan ?
pandai lah korang -.-
dah lah ramai yang terror terror ni , aku bukan apa .
takut waktu aku kena bahas aku tak tahu nak cakap apa jer ,
eeee ~ perit . perit .
hehe , at least kalau group B boleh lah main main sikit , hoho !
well apa apa pun kalau kalah jangan salah kan aku !
kalau tak aku gigit  jari korang !
weeee ~ btw  , hve fun !
wish me luck korang ! :D



heee biadap !

Assalamualaikum .
aku tak tahu lah kenapa .
kau lah orang yang betul betul uji kesabaran aku .
seriouslyy lah dude , kau biadap .
kaulah orang paling biadap aku pernah jumpa .
gaya kau cakap kalau boleh nak poyo lagi kan ,
gurau kau kalau boleh nak kasar lagi kan ?
aku ingatkan kau biadap nan aku jer .
manalah tau kau tak puas hati nan aku , fine lah .
but then aku tahu ramai orang kata kau biadap .
please lah weh . duduk kat asrama jangan bajet macam
 kau boleh hidup sorang . kau dah lah baru .
well , maybe bagi kau nak bergurau , but agak- agak lah .
ramai jer yang tak berapa baik but sikit- sikit manners kena ada beb .
btw , bagi aku semua pun tak perfect .
so before kau lambat ubah lah sikit bukan payah .
kau bukan jahat pun ,  but nakal .
kawal sikit before kau susah
before semua orang ,
naik hangin dengan kau ~

*done*

lelaki kuat merajuk ?



OMO ! lelaki kuat merajuk?
haha kalau kadang kadang tu comel jugak lah
but kalau selalu sangat tu memang mintak penampar .
right girls ? haha .
okay but tu lain cerita
well , actually ni memang persoalan dari aku sebenarnya .
lelaki ni kuat merajuk ke ?
aku rasa ada empat orang tengah merajuk nii .
bila tanya then kata “tak ada apa”
tak ada apa tak payah merajuk lah woi .
ayat korang ‘kau fikir lah kenapa aku jadi macamni’
eh  eh . dah lah merajuk tiba tiba then suruh aku fikir pulak ?
tak kira ! aku pujuk sikit tak nak okay lagi sudah !
tunjuk lah muncung tu sampai ke TUA !
:PP
hehe ,, orang tertentu jer tau dapat pujukan aku ,,
mahal tau mahal .
hoho ;)


maap beb maap .


ehemm , cmon lah weh .
takkan sebab seringgit kau nak gaduh gaduh kut .
pantang aku tarik tarik muka kat aku ni tau .
sumpah lah aku penat hari tu . dah lah lapar .
aku tak tahu pun kau dah belikan untuk aku .
then kau dah tak ada kat kelas lagi .
aku pergi lah kantin , beli .
then nampak bawak meja kau . ada empat .
mana tau , untuk kau or untuk aku .
tu pasal aku mintak balik sebab takkan nak makan benda sama
lagi kut ? aku baru makan tadi lah weh .
kau pun dah makan sikit kan ?
seringgit jer kut ?
perhhh takkan masam muka sebab seringgit ,
tak ada peluang langsung kut nak cakap .
fault kita dua kut .
but , okay now aku nak cakap .
sorry sangat sangat sangat sangat .
cmon lah kalau sebab ni jer nak masam muka sayanglah .
nanti ada chance aku belanja kau makan , deal ?
please lah jangan masam muka . okayyy ?
toloonggg ):
(:





lelaki - pink :/

dari dulu aku wondering lah .
kenapa lelaki bila cakap pink jer cakap
‘eeee pink ~’
seriously guys outta there !
bagi aku lah kan korang nampak nice with PINK ! :D
but before that ! NO NO !
bukan lah maksud aku semua pink !
woooo ~ agak- agak lah weh jangan jambu sangat .
geli pulak aku .
maksud aku , kadang kadang korang muncul dengan pink .
woah ! comel . haha
tak kira lah korang berkulit gelap or cerah
hehe , bagi aku lah okay jer .
pink slow slow tu kan ,, heee ~ (:
apa yang aku nampak lah kan , bila korang pakai pink ni
macam korang rendah kan sikit ego korang tu untuk choose benda
yang ramai lelaki tak berapa nak ni .
yelah , kononnye pink memang vs lah nan laki kan .
but , semua orang ada taste sendiri kan , n ada opinion n sebab
sendiri bout lelaki dan pink . haha
but serious lah aku minat kalau ..
kadang kadang lelaki muncul dengan pink

why bebeh ?


.....................
HANDSOME  ! (:




right ?

haha okay tak ada kerja , bedal jer okayy ;)

 *done*




wow kenapa sombong sangat ?

serius lah korang sombong sekarang
aku tegur macam syok sendiri jer tau .
aku tegur muka exited ,
kau tunjuk muka troll ~





perhh sentap ni sentap .
kalau dari dulu gaya bagai tak kenal aku tak apa
ni dulu macam isi dengan kuku .
sekarang macam kuku tercabot gayanya !
kuku tak mancung , isi tersorong sorong ~
apalah aku merapu
hahhh ! aku tak peduli !
tolonglah weh . at least tak tunjuk muka blur tu .
geram tau geram. !
tahu lah kelas dah lain but terasa lah weh .
takkan tegur bila sekelas jer kut ?
bapak cool ~~



wooo ~ up1 ! (:

Assalamualaikum (:
heee ~ aku form 4 kut ! haha !
subject pun dah plus fizik,kimia,biologi n addmath
perhhh bahasa melayu kut semua !  Bahasa Jiwa Bangsa . yeah !
haha okay merapu. dah tiga bulan aku belajar benda baru.
memang banyak cabarannya . cehh ,, hehe
result aku pun .... ... tuttt .... haha baru up1 kut !
aku dah merasa dah fail ni . teka apa , teka  ?
addmath lah apalagi , sedih ni sedih
haha . nampak sangatlah need more practice
well addmath bukan untuk orang pandai , addmath untuk orang rajin
bak kata seseorang , haha betul juge , agree (:
so . apalagi , do practice lah.
result semua kalau plus subj tak wajib ke tak plus ke memang worse.
hahaha 5A 4C 1D 1 fail !! perhhhh
belum pjk. aku target fail lah . memang aku baca lah pjk
aku tak rehat kat kantin pun .
macammana nak hidup kalau gap exam 15 min je huh ?
but well kalau nak apa pun boleh kan ?
dah form 4 tak boleh main main  dah
tak mahu kekecewaan sama berulang .
huhu .
so bak kata someone ‘jangan malas malas’
nak jadi dentist kena lah rajin kan ? :D
hahaha
pray for me korang <3 (:


again .

ohh pada suatu malam yang hening lagi cerah ~
bersaksikan bulan dan bintang ,, cehhh 

aku ...
*buat suspen sikit haha

.. telah dipanggil oleh kak ecah ,, 
haha dapat lah satu surat ecehhh ,, haha 
okay stop merapu ~ 
*athirah ! cakap betul betul lah

hahahaha okay okay , actually dia panggil suruh tulis nama n i/c 
for what ?
then terus dia kata untuk ada lawan pantun ikut rumah so aku jadi wakil ~

WHATTT ? AGAIN ? 
memang tahun lepas aku tak merapu pun ,
tak malukan diri sendiri pun , 
oh tolonglah terima kenyatan aku biasa biasa je bab ni , haish 
then kitaorang pun bincang bincang tiada orang lain lagi yang mahu , 
ohh kira aku mahu lah ni ? 
hah tanpa mahu memanjangkan cerita aku terima sajalah .

GILA ! SERIUS ?
seee budak ni dah tolong jawabkan.hehe

okay back to normal.
serius lah . aku pun tak tahu macam mana aku boleh terima . 
bila aku fikir balik bapak cuaknya !
tahun ni rumah lain punya wakil hebat hebat kut , 
dah lah form 5 .
rumah aku semua form 4 jer kut ?
dah lah aku ni errrr ~

haish apa apa pun dah terima , 
balik ni study lah sikit sikit , haish ~~~

doakan aku korang ,, tak menang pun ,tak malukan diri sendiri jadilah ~
haha takd keyakinan diri langsung ~

okaylah . tiada apa mahu dikata lagi . 
bai . terimalah serangkap pantun ,, atoto ~~ haha

buah cempedak diluar pagar , 
ambil galah tolong jolokkan , 
kami budak baru belajar , 
kalau salah tolong tunjukkan .

haish perlu ke KBAI !


                                                                   

kami :D

haha kami adalah adik beradik yang sangat comel . 
diberi nama :
                             *atiqah nazaruddin
                             *athirah nazaruddin . 

hahaha memandangkan aku dah lama tak naik motor , maka aku gayat yang teramat ~
woah ,, kakak aku bawak pun kencang bukan main , lagi lah gayat aku ~

TIBA-TIBA :

dia suruh aku bawak ada ke patut ? 
haha , mula mula aku taknak , dia suruh , aku tak nak dia kata tak nak sudah , tiba tiba rasa nak lah pulak . 

maka aku bawak dengan hati hati , pergh pemandu berhemah kut ! hahaha :D
adalah macamni ~
*cop ni basikal ke motor ? whatever ~okay sambung balik

haha okay tipu jer , aku bawak macam orang gila kut , haha , kakak aku kat belakang gelak gelak dah haish , mengganggu kosentrasi tahu ?
maka sampai lah kami di depan rumah . 
mak dan ayah ku yang sedang berehat mengambil angin petang cehh~ 
hanya ketawa lihat gelagat kami . 
tak apa kami anak yang comel kami tahu . 

turun turun kakak aku tak habis lagi gelaknya , haish .
apalah lawak sangat ?
dia kata aku bawak macam tengah naik kuda pun ada .
weee ~ kurang diasam betul mulut dia ni . 
 tapi aku happy jer .. haha lama tak naik benda gila tu . 
haha puas hati aku ~ 
 kena gelak pun gelak lah , janji kenangan ~
 ingat senang nak ukirkannya di bintang ? 
haha (:

*done dengan senyuman yang tak lekang di bibir
ohyeah (:


kemalasan aku ~


disebabkan cuti panjang dan disambung dengan msr ,, jadi aku tak belajar . kira dua minggu jugak lah aku tak belajar , *woah lama tu ~ haha ... jadi kemalasan aku mendadak ke tahap hampir maksima 
yeah malas yang teramat ~
aku tidak lagi rajin seawal mula mula aku menjejakkan kaki ke sekolah ini pada awal tahu hari itu ~
cehhhhh .
serius kut , hw aku sedikit sebanyak tergendala ~
tidak lagi semangat seperti haritu . 
dan hari isnin itu aku merasa penat yang teramat , 
mungkin ditambah faktor puasa , senang lah aku ngantuk 
air tak boleh minum , 
yeah ~ prep petang tu aku tengok ramai orang tidur di kelas
maka diri ini turut terhasut ditambah bisikan syaitan yang tak dapat dielakk 
pergh sumpah nantok beb ~
maka aku turut tertidur . 
pertama kali kut tahun ni 

melihat aku tidur yang lain turut tertidur yeah ~
maka semua orang di kelas itu tidur 
*kecuali sekumpulan lelaki yang biasanya kuat tidur , tapi kali ni mereka membuat bising .
maka dalam hati kami yang sedang tidur semuanya geram ~
oh rasa mahu mencarut tapi kami simpankan .
hanya zikir terkeluar .~ betul tak tipu ~
dan situasi kami begini :

*aku
woi ! tak boleh diam ke ?

*maka mereka:

krek krek tiada rasa bersalah langsung , 
dan kembali membuat bising seperti asal . 

dengar orang lain marahkan mereka kerana terlalu bising . 
kerana terlalu nantok aku sambungkan saja tidur aku ~
woah nyenyak sehingga tamat prep .
*teruk 
beginilah kemalaasan aku ~

arghhhh tidak boleh begini !
aku takkan biarkan !
haha poyo ~
sekarang dah cuti lagi , woah azam nak semangat , ku bawa pulang segala homework aku dan siapkannya . tak kan malas lagi , janji . woah !
hehe kini dah semangat kembali 

barulah boleh belajar dengan tenang . hahaha

*done dengan segelas vico panas yang menyegarkan (:
okay gila ~


welcoming newbies ^.^


setelah cuti lama yang hanya sekolah aku dapat , hahaha cuti maulidur rasul and thaipusam sambung kut ,, haha , dapat balik 5 hari heaven dah aku rasa ,, hahaha :D tapi tak bagus untuk aku cuti lama ni , nanti aku malas .. hehe ,, then bukak sekolah form 4 baru masuk , oh , selamat datang lah 


alahaii baik tak aku , buatkan banner untuk korang ? weeee ~ biasalah kan f4 bru masuk ,
 TAPIIII ~~  
guess what ? kitaorang kena join msr kut ? 
gila !~

takknakkkk ! 
hw aku menimbun kut , 
tapi nak taknak kena jugak kan ,,
kubawa hati ini untuk turut serta
cehhhh ~ haha
poyo semua ini !
 tapi okay lah msr bgi aku okay je lah ~
group aku menang kut ! haha bangga ni bangga :D 
*mata bersinar
haha aku msr macam aku pulak f4 baru , dah tu diorang pemalu sangat kan ?
hah biar aku yang join semua game ~
hahahaha , apa apa pun selamat datang yer korang .
be nice tu us so we can be nice to you ~
well avantgarde kan .. hahaha
aku ada jugak dengar diorang ni kutuk batch kami ni , 
maklumlah result kami teruk  tapi bukan semua kan ? huhu
tak apa kami baik , kami tak marah .
kami tahu kami akan berubah , 
so jom sokong kami dan berjaya sama sama ^^
ohyeah ~(:

                                                    

aku tak kira ~

sedara tak sedara , kecik tak kecik ,
kau biadap aku unfriend ~

sedap tak sajak aku ? woah ~ 
mentang mentang budak kecik otak taruk dalam poket ke der ?
c'mon man opps boy ~~
jangan nak biadap sangatlah kan , 
sibuk hal orang 
menyampuk je kejanya , 
ayat biadap pulak 
haish panas pulak aku ~

*pesanan untuk kau supaya mengawal diri budak kecik ,
jangan malukan mak bapak kau ~~
tulah kecik2 dah nak berFB , kau tahu tak otak kau tu tak bersedia lagi ?
tu pasal kerja nak biadap jer , 
tolonglah ~ 

JANGAN NAK BAJET COOL SANGATLAH ,PELEKEH2 DENGAN ORANG YANG LAGI TUA DARI KAU  --'

kawan sebaya aku tak aper ~~
hoho